Saturday, November 16, 2013

Masyi's BLISSFUL Day~

Selamat Pengantin Baru buat sahabat seperjuanganku. Semoga Rumah tangga yang dibina berkekalan ke akhir hayat dan membawa ke SYURGA. Kamu betul2 cantik hari itu.
Seronok berjumpa sahabat-sahabat yang dah sekian lama tak berjumpa. Berkumpul juga kita akhirnya walaupun hanya separuh sahaja. :)


.Berkumpul.


.Aksi syok sendiri.
.Breakfast bersama.


:: LOVE ::
Iffahusna

Monday, September 23, 2013

My Prince's Birthday~

Location : Penang, Malaysia.
Duration : 3 days
Aim : Long lost friends gathering, gossiping, picnic.

Buat Lelaki nombor dua kesayanganku selepas abahku, Semoga ulangtahun ke-23 (22/9/13)  ini memberi seribu erti dan kenangan indah buat kamu. Hanya sedikit kek dan perancangan berjumpa sahabat lama kamu yang dapat kuberikan. Tiada hadiah mahal dan eksklusif. 
___AKU SAYANG KAMU___

.Selamat Hari Ulangtahun ke -23.

.Di rumah abang E. Staff UiTM yang dekat diHati dia.

.Pekena nasi kandar LINE CLEAR.

.Night visit to Penang Hill.

:: LOVE ::
Iffahusna

Friday, September 13, 2013

My King's BIRTHDAY~


.Ini Hobi abah.BOLA.

.Semoga Allah kekalkan kebahagiaan kami.

.Setiap kali Bufday ialah bufday Aliff Wafiy.

.Mokciknya yang over.

Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat dan Rezeki buat abahku tersayang. Sudah banyak pengorbanan abah buat kami sekeluarga hinggakan tak terbalas. Panjangkan umurnya, gembirakan dia, permudahkan urusannya yaAllah... Sesungguhnya engkau Maha Mendengar doa hambaMU.. Amin..

::LOVE::
Iffahusna



Sunday, July 21, 2013

Program Kemasyarakatan Bulan Ramadan

Program penyampaian bantuan barangan keperluan kepada 5 buah keluarga kurang bernasib baik. Bila kita tengok kesusahan orang lain, baru kita sedar beruntungnya kita...

.Pasukan sukarelawan yang terlibat.
.Pengagihan bantuan kepada keluarga yang terlibat.



Pakcik ni dan isteri hidup daif... ada empat orang anak, tapi tak sorang pun yang datang menjenguk... sepanjang kami berada di sini, pakcik ni menangis tak henti2... mungkin dia teringat anak2 dia bila tengok wajah anak2 uitm datang melawat dan sampaikan bantuan..


Adik mohd danial dilanggar kereta waktu umur 7 tahun, akibat kecederaan di kepala dan otak, dia tak dapat bergerak macam kanak2 lain.. sebahagian tempurung kepala dia juga tiada.. Sekarang dia berumur 11 tahun..ibunya merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja. Sempat ambik satu gambar je, xleh duk lama2... Nanti empangan mata pecah. 

                           

Pakcik Alal (60 tahun) / makcik Fatimah ghait.
lokasi : Kg. Pertama.
tinggal sebatang kara bersama isteri beliau.. tiada anak.. hanya boleh mengesot...

Aku pulang ke rumah hari itu dengan seribu keinsafan di dalam jiwa... Sungguh besar rahmat dan rezeki yang Allah limpahkan kepada ku.... 

::LOVE:: 
Iffahusna

Monday, March 18, 2013

Pulau Pangkor 2013

Bbersedia untuk island hoping dan snorkelling.

.My love.

.Berendam tak kira masa. Selagi berkesempatan.
.Indahnya ciptaan.
.Laju-laju buaiku laju.
.My two best buddy ever.

.Penaja saya sepenuhnya sepanjang percutian.

Monday, March 11, 2013

Ekspedisi Gua Tempurung.

Assalamualaikum...

Lamanya tak menjenguk blog kesayangan ni... hehe... Hari-hari indah di tempat kerja baru, Alhamdulillah... Baru sebulan masuk kerja, dah mula dah nak join akiviti student... Dulu di tempat kerja lama, mana ada peluang buat semua ni, hatta kursus sekalipun susah nk dapat kebenaran.. Itu lah, kadang-kadang Allah timpakan ujian kepada kita untuk berikan kita sesuatu yang lebih baik... Alhamdulillah dan terima kasih kepada yg telah memberi pengajaran berharga buat diri ini... Anda telah menjadikan siapa diri ini sekarang... :)

Hari sabtu kami semua bertolak ke gua tempurung... ekspedisi gua tempurung ini sebenarnya bukanlah aktiviti wajib untuk  aku, sengaja menyibuk nak ikot je sebab kebetulan Kak Linda jadi pegawai pengiring... pergi nk temankan dia dan memang dah lama teringin nk g gua tempurung pun.. Camping di kaki bukit tu memang best...

Malamnya ada night walk... untuk night walk ni kita boleh pilih sama ada nk ikot jalan basah atau tak.. untuk malam tu, kami pilih jalan yg kering sbb keesokannya nk berendam lagi kan... kering pun tak la kering benar, ade la jugak kena rentas parit paras lutut... best... dah lama tak berpeluh sakan macam tu.... habis night walk lewat jugak la... bersihkan diri nk tidur suma, jadi la pukul 1 baru tidur.. malam tu sejuknya hanya Allah yg tau.. hehe.. best.
dinner sebelum night walk

ice breaking sebelum night walk


Hari ahad jam 6pagi lagi student2 dah berkumpul untuk solat subuh berjemaah... AKTIVITI2 PUN, SOLAT MESTI MAU JAGA... hehe.. sebelum masuk ke dalam gua, kami diberikan taklimat dahulu oleh pemandu arah... Biasa lah tempat2 macam ni banyak la peraturannya...  SUBHANALLAH, masuk dalam gua, memang buat diri ni kerdil... Cantik sangat gua tempurung dengan batuan marmar dia, air bersih, struktur batu yang unik, stalagtite, stalagmite... Indah kan ciptaan Allah... Untuk gua tempurung, kami pilih tour4 (grnd tour)... Macam2 yg kami buat, naik turun tangga, hiking, sliding, lubang tikus, merangkak meniarap melalui bawah batu (psst, laluan tu berair k).. Tak ada cara lain untuk lalu bawah batu rendah yg mengalir air sugai kecuali meniarap ala2 askar.. Time tu memang habis la torchlight masuk air, siku dan lutut luka walaupun pkai baju dn seluar tebal... hehe.. ada yang terkoyak tengah2 seluar time buat sliding.. ;)  Macam-macam binatang pelik yang kami semua jumpa waktu dalam gua.. Kami ambik masa lebih kurang 3 jam untuk explore dalam gua..
sesi senaman sebelum mulakan ekspedisi

Peserta dan komander BPC

peserta dan komander BPC

sesi taklimat sebelum masuk ke dalam gua

komander yg banyak keletah dan tak kering idea buat lawak



pengiring sebenar.

rehat sebentar dalam gelap lepas hiking

rehat sebentar lepas sliding

penghujung gua, rehat sebelum berpatah balik

enjoy..!


Selepas makan tengah hari, kami travel dengan lori untuk ke lokasi water tubing di Sungai Kampar... First time nk buat aktiviti ni seumur hidup... Memang cuak la bila tengok air deras yang mengalir tu.. Apa2 pun aktiviti tu mmg best, tambahan guide yg sempoi.. Gambar water tubing tak ada, huhu...  Segalanya selesai dalam pukul 4petang...

Tepat jam 6 petang, kami bertolak pulang ke kampus... perjalanan pulang sunyi aja (semua terbongkang penat agaknya).. hehe...

Apa-apa pun, pengalaman ini sangat berharga buat diri ini... Alhamdulillah.. Lepas ni nk menyibuk lagi join aktiviti orang.. ;)

L.O.V.E,

Iffatul Husna Halidan

Wednesday, February 13, 2013

---The 23rd year---

Alhamdulillah...  Masih bernafas di bumi Allah....Hadiah paling berharga tahun ini ialah perkenalan keluarga dengan keluarga... :)