Monday, March 18, 2013

Pulau Pangkor 2013

Bbersedia untuk island hoping dan snorkelling.

.My love.

.Berendam tak kira masa. Selagi berkesempatan.
.Indahnya ciptaan.
.Laju-laju buaiku laju.
.My two best buddy ever.

.Penaja saya sepenuhnya sepanjang percutian.

Monday, March 11, 2013

Ekspedisi Gua Tempurung.

Assalamualaikum...

Lamanya tak menjenguk blog kesayangan ni... hehe... Hari-hari indah di tempat kerja baru, Alhamdulillah... Baru sebulan masuk kerja, dah mula dah nak join akiviti student... Dulu di tempat kerja lama, mana ada peluang buat semua ni, hatta kursus sekalipun susah nk dapat kebenaran.. Itu lah, kadang-kadang Allah timpakan ujian kepada kita untuk berikan kita sesuatu yang lebih baik... Alhamdulillah dan terima kasih kepada yg telah memberi pengajaran berharga buat diri ini... Anda telah menjadikan siapa diri ini sekarang... :)

Hari sabtu kami semua bertolak ke gua tempurung... ekspedisi gua tempurung ini sebenarnya bukanlah aktiviti wajib untuk  aku, sengaja menyibuk nak ikot je sebab kebetulan Kak Linda jadi pegawai pengiring... pergi nk temankan dia dan memang dah lama teringin nk g gua tempurung pun.. Camping di kaki bukit tu memang best...

Malamnya ada night walk... untuk night walk ni kita boleh pilih sama ada nk ikot jalan basah atau tak.. untuk malam tu, kami pilih jalan yg kering sbb keesokannya nk berendam lagi kan... kering pun tak la kering benar, ade la jugak kena rentas parit paras lutut... best... dah lama tak berpeluh sakan macam tu.... habis night walk lewat jugak la... bersihkan diri nk tidur suma, jadi la pukul 1 baru tidur.. malam tu sejuknya hanya Allah yg tau.. hehe.. best.
dinner sebelum night walk

ice breaking sebelum night walk


Hari ahad jam 6pagi lagi student2 dah berkumpul untuk solat subuh berjemaah... AKTIVITI2 PUN, SOLAT MESTI MAU JAGA... hehe.. sebelum masuk ke dalam gua, kami diberikan taklimat dahulu oleh pemandu arah... Biasa lah tempat2 macam ni banyak la peraturannya...  SUBHANALLAH, masuk dalam gua, memang buat diri ni kerdil... Cantik sangat gua tempurung dengan batuan marmar dia, air bersih, struktur batu yang unik, stalagtite, stalagmite... Indah kan ciptaan Allah... Untuk gua tempurung, kami pilih tour4 (grnd tour)... Macam2 yg kami buat, naik turun tangga, hiking, sliding, lubang tikus, merangkak meniarap melalui bawah batu (psst, laluan tu berair k).. Tak ada cara lain untuk lalu bawah batu rendah yg mengalir air sugai kecuali meniarap ala2 askar.. Time tu memang habis la torchlight masuk air, siku dan lutut luka walaupun pkai baju dn seluar tebal... hehe.. ada yang terkoyak tengah2 seluar time buat sliding.. ;)  Macam-macam binatang pelik yang kami semua jumpa waktu dalam gua.. Kami ambik masa lebih kurang 3 jam untuk explore dalam gua..
sesi senaman sebelum mulakan ekspedisi

Peserta dan komander BPC

peserta dan komander BPC

sesi taklimat sebelum masuk ke dalam gua

komander yg banyak keletah dan tak kering idea buat lawak



pengiring sebenar.

rehat sebentar dalam gelap lepas hiking

rehat sebentar lepas sliding

penghujung gua, rehat sebelum berpatah balik

enjoy..!


Selepas makan tengah hari, kami travel dengan lori untuk ke lokasi water tubing di Sungai Kampar... First time nk buat aktiviti ni seumur hidup... Memang cuak la bila tengok air deras yang mengalir tu.. Apa2 pun aktiviti tu mmg best, tambahan guide yg sempoi.. Gambar water tubing tak ada, huhu...  Segalanya selesai dalam pukul 4petang...

Tepat jam 6 petang, kami bertolak pulang ke kampus... perjalanan pulang sunyi aja (semua terbongkang penat agaknya).. hehe...

Apa-apa pun, pengalaman ini sangat berharga buat diri ini... Alhamdulillah.. Lepas ni nk menyibuk lagi join aktiviti orang.. ;)

L.O.V.E,

Iffatul Husna Halidan