Friday, October 5, 2012

Janji yang pasti...



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعالى اله وصحبه اجمعين
قال الله تعالى في القران العظيم
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
كل نفس ذائقة الموت  وانما توفون  أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز وما الحيوة الدنيا الا متع الغرور
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang –orang yang terpedaya.
Wahai……………………………………….
Kamu  sekarang sedang berada di sempadang akhirat dan menuju ke alam baqa’ tinggallah di sini hingga hari kiamat. Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu,sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu. Sesungguhnya  sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang kau bawa untuk mengadap Allah Azzawjalla.
Sedekah jariah yang engkau berikan dengan seikhlas hati semata-mata kerana Allah.Ilmu manafaat yang engkau ajarkan di dunia dan anak yang soleh mendoakan bagi kamu
Wahai………………………………………………..
Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahap yang sempit dan gelap gelita ini.Setelah kami meninggalkan kamu ,maka akan datang dua malaikat yang bernama munkar dan nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah, maka jangan kamu takut dan gentar, jawaplah dengan lidah yang fasih lagi lancar kaeran mereka juga makhluk Allah seperti kamu.
من ربك             Siapakah tuhan kamu 
ومن نبيك           Siapakah nabi kamu  
وما دينك            Apakah agama kamu
وما قبلتك           Di manakah kiblat dan penhadapan kamu
وما امامك          Apakah ikutan kamu
ومن اخوانك        Dan siapakah saudara-saudara kamu
Ketika itu jawaplah dengan lidah yang lancar lagi yakin
Allah tuhanku
Muhammad SAW  nabiku
Islam agamaku
Ka’bah itu kiblat dan penhadapanku
Al-quran ikutan pedomanku
Dan tiap-tiap orang islam adalah saudaraku

Wahai…………………………………………..
Jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita semasa di dunia,iaitu lafaz
اشهد ان لا اله الا الله   واشهد ان محمد رسول الله

Wahai sekalian hamba-hamba Allah, ketahuilah oleh kamu bahawa mati itu benar,soal munkar dan nakir  itu benar,azab dan nikmat kubur itu benar,semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat  benar dan diberi balasan syurga dan neraka itu juga benar.
Seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi,jika kamu berdosa, ular besar akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan dagin kamu. Nikmat kubur pula diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, dihimpit bumi umpama anak kecil dipelukan ibu kamu. Maka tinggallah kamu di sini dengan aman dan sentosa hingga ke hari kiamat.
Kami serahkan kamu kepada Allah yang maha pengampun dan penyanyang untuk member balasan di atas apa yang telah kamu kerjakan
Wahai………………………………………
Mudah-mudahan dicucurinya rahmat dan keampunan keatas kamu.
Amin…amin ya rabbal alamin...

Tokwan,  tokwan dah selamat bersama arwah tok di sana... Saat pemergian tokwan amat meruntun hati setiap seorang daripa kami.. Tokwan tinggalkan kami semua tanpa disangka, tetapi tokwan tinggalkan kami di dunia dengan setiap urusan yg telah diselesaikan.. tokwan pergi dengan tenang pada malam itu disamping anak2, cucu2, dan saudara mara terdekat...Wajah tokwan semasa dimandikan dan dikafankan seperti tokwan sedang tidur.. Subhanallah... Kami kucup wajah tokwan buat kali terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan.. waktu tu, tiada siapa pun yang mampu tahan air mata daripada mengalir deras.. Di perkuburan, tokwan disemadikan berdekatan dengan arwan tok.. Sayu... Selama hari ni, tokwan dan tok la yg menjadi tempat kami semua bermanja dan bergurau.. Kami bersyukur dapat tok dan tokwan yang xpernah gagal mencurah segala kasih sayang buat kami adik beradik.. Sekarang, Keadaan dah tak seperti dahulu.. Rumah yang dahulu menjadi tempat permainan kami kini kosong.. Tapi kami adik beradik janji akan jaga rumah tokwan... Tokwan, tok, Al-Fatihah... Semoga tok dan towan tenang di sana.. Amin..

Runtunan hati seorang cucu,
Iffatul Husna Halidan.

No comments: