Thursday, February 20, 2014

The Stranger... Officially 24~


It's a strange feeling bila seseorang yang kita langsung tak kenal boleh jadi antara teman dan sahabat kita yang terbaik...  tak kenal maksud aku disini ialah tak kenal hati budi, perwatakan.. cuma sekadar kenal nama dan rupa sahaja... 

Masa sebulan duduk bersama dalam USM dah cukup mendekatkan stranger-stranger ni dengan aku.. Orang yang asalnya dilihat pada rupa ialah seorang pendiam, rupa-rupanya bila rapat dia yang lebih bercakap daripada orang lain... hehe... bila dikenangkan, lawak... memang lawak.. 

Si "pendiam" dalam kisah ni ialah Ahmad Sobri. Bapak kepada seorang putera lelaki ni kalau tengok skali memang akan cakap dia pendiam, serious... Dalam tempoh sebulan ni, aku boleh katakan Sobri ialah suami dan Bapa yang penyayang... daripada perwatakan dia layan kami yang pangkat adik-adik ni, memang nampak dia sempoi.. :D  Minat dia ke arah photography.. boleh nampak la dengan peralatan camera set dia tu... Ini Ahmad Sobri yang dimaksudkan.. 


Watak yang paling best ialah watak confident.. hehe.. watak ni serah kat Muhammad Khairi.. kami panggil dia Prof Khairi.. Dia memang confident dalam apa ja yang dia buat.. hehe.. kami ni iyakan aje... Khairi ni dah pangkat abang-abang besar dah.. Umur 33 dan ada 2 cahaya mata (puteri) ... Kira dalam group kami, dia la super senior.. hihi... 


Watak "cool" plak bagi la kat Muhammad Nazim.. memang kalau bersembang dengan dia kena duk dekat sikit, tak dengor suaranya... Bak kata abang nizam, nazim ni cakap romantik aja" hihihi.... Nazim is married, tapi umur dia sebenarnya tua setahun ja daripada aku... seronok sembang dengan nazim ni kadang-kadang... good listener maybe.. kalau skali tengok, nazim ni nampak mcm still bujang, tp awas jangan tertipu.. hihihi... This is Nazim...


Watak periang ceria gembira boleh bagi dekat dua orang puteri comel ni... Memang comel kiut miut dua-dua... penyeri hidupku... teman merapu, teman tidur, teman berjalan, teman makan.. segala-galanya lah diorang ni..... Korang aku mula kenal di USM, setahun pun belum tempohnya, tapi korang memang best..! Bertuah dapat mengenali korang... :D 



NOTA UNTUK KAMU-KAMU

Jujurnya bila dapat makluman tarikh kursus intensif, aku terus sedih sebab tak dapat celebrate bufday... nak-nak pulak nampak tarikh 10 February 2014 tu ada test JIF103.. killer paper tu... bila habis test paper tu pun, memang down tahap apa ja mengenangkan soalan yang aku boleh tackle tp....... hmmm... sedih tak payah cakap la... Tapi kesedihan aku terubat dengan celebration yg korang plan utk bufday aku... terima kasih untuk setiap sorang daripada korang... Malam tu, Allah saja yang tau perasaan aku... Terasa Allah limpahkan aku dengan kasih sayang yang melimpah ruah... dalam tempoh sebulan tu, korang dah jadi umpama family aku... Semoga Persahabatan yang terjalin kekal selamanya.. Amin.. 

Last but not least, special thanks to Azahari Razali as the first person to wish my birthday.. saya appreciate your effort sebab time tu awak baru ja sampai kampus dari expedisi Gunung Brinchang dan Gunung Berembun.. mesti penat tak payah describe... i'm thankful to have u.. and feeling blessed..



~I'M OFFICIALLY 24 ON 10 FEBRUARY 2014~

LOVE, 
Iffahusna

No comments: