Monday, March 11, 2013

Ekspedisi Gua Tempurung.

Assalamualaikum...

Lamanya tak menjenguk blog kesayangan ni... hehe... Hari-hari indah di tempat kerja baru, Alhamdulillah... Baru sebulan masuk kerja, dah mula dah nak join akiviti student... Dulu di tempat kerja lama, mana ada peluang buat semua ni, hatta kursus sekalipun susah nk dapat kebenaran.. Itu lah, kadang-kadang Allah timpakan ujian kepada kita untuk berikan kita sesuatu yang lebih baik... Alhamdulillah dan terima kasih kepada yg telah memberi pengajaran berharga buat diri ini... Anda telah menjadikan siapa diri ini sekarang... :)

Hari sabtu kami semua bertolak ke gua tempurung... ekspedisi gua tempurung ini sebenarnya bukanlah aktiviti wajib untuk  aku, sengaja menyibuk nak ikot je sebab kebetulan Kak Linda jadi pegawai pengiring... pergi nk temankan dia dan memang dah lama teringin nk g gua tempurung pun.. Camping di kaki bukit tu memang best...

Malamnya ada night walk... untuk night walk ni kita boleh pilih sama ada nk ikot jalan basah atau tak.. untuk malam tu, kami pilih jalan yg kering sbb keesokannya nk berendam lagi kan... kering pun tak la kering benar, ade la jugak kena rentas parit paras lutut... best... dah lama tak berpeluh sakan macam tu.... habis night walk lewat jugak la... bersihkan diri nk tidur suma, jadi la pukul 1 baru tidur.. malam tu sejuknya hanya Allah yg tau.. hehe.. best.
dinner sebelum night walk

ice breaking sebelum night walk


Hari ahad jam 6pagi lagi student2 dah berkumpul untuk solat subuh berjemaah... AKTIVITI2 PUN, SOLAT MESTI MAU JAGA... hehe.. sebelum masuk ke dalam gua, kami diberikan taklimat dahulu oleh pemandu arah... Biasa lah tempat2 macam ni banyak la peraturannya...  SUBHANALLAH, masuk dalam gua, memang buat diri ni kerdil... Cantik sangat gua tempurung dengan batuan marmar dia, air bersih, struktur batu yang unik, stalagtite, stalagmite... Indah kan ciptaan Allah... Untuk gua tempurung, kami pilih tour4 (grnd tour)... Macam2 yg kami buat, naik turun tangga, hiking, sliding, lubang tikus, merangkak meniarap melalui bawah batu (psst, laluan tu berair k).. Tak ada cara lain untuk lalu bawah batu rendah yg mengalir air sugai kecuali meniarap ala2 askar.. Time tu memang habis la torchlight masuk air, siku dan lutut luka walaupun pkai baju dn seluar tebal... hehe.. ada yang terkoyak tengah2 seluar time buat sliding.. ;)  Macam-macam binatang pelik yang kami semua jumpa waktu dalam gua.. Kami ambik masa lebih kurang 3 jam untuk explore dalam gua..
sesi senaman sebelum mulakan ekspedisi

Peserta dan komander BPC

peserta dan komander BPC

sesi taklimat sebelum masuk ke dalam gua

komander yg banyak keletah dan tak kering idea buat lawak



pengiring sebenar.

rehat sebentar dalam gelap lepas hiking

rehat sebentar lepas sliding

penghujung gua, rehat sebelum berpatah balik

enjoy..!


Selepas makan tengah hari, kami travel dengan lori untuk ke lokasi water tubing di Sungai Kampar... First time nk buat aktiviti ni seumur hidup... Memang cuak la bila tengok air deras yang mengalir tu.. Apa2 pun aktiviti tu mmg best, tambahan guide yg sempoi.. Gambar water tubing tak ada, huhu...  Segalanya selesai dalam pukul 4petang...

Tepat jam 6 petang, kami bertolak pulang ke kampus... perjalanan pulang sunyi aja (semua terbongkang penat agaknya).. hehe...

Apa-apa pun, pengalaman ini sangat berharga buat diri ini... Alhamdulillah.. Lepas ni nk menyibuk lagi join aktiviti orang.. ;)

L.O.V.E,

Iffatul Husna Halidan

Wednesday, February 13, 2013

---The 23rd year---

Alhamdulillah...  Masih bernafas di bumi Allah....Hadiah paling berharga tahun ini ialah perkenalan keluarga dengan keluarga... :)

Tuesday, December 18, 2012

Perletakan & Tawaran jawatan...

Ingat lagi tak post bulan JULAI dulu tentang tawaran temuduga UiTM?  Ini kesinambungannya.. :) Alhamdulillah, dapat tawaran bekerja di sana... Syukur tak terhingga kepada Allah s.w.t... Mungkin rezeki seterusnya di sana.. Diminta melapor diri di UiTM Bertam Pulau Pinang...  



Tawaran Jawatan

Secara rasminya menyerahkan notis perletakan jawatan di UniMAP.. Semoga apa yang dilalu di UniMAP menjadi pengalaman dan pengajaran buat diri ini..  InsyaAllah..

surat kelulusan perletakan jawatan

**ALHAMDULILLAH***

L.O.V.E
Iffahusna

Tuesday, December 4, 2012

Simposium PPF kali pertama...

Wakil UniMAP


Simposium Penolong Pegawai Farmasi kali pertama 2012 berlangsung hanya satu hari.. :) Hari-hari selebihnya di Shah Alam bersama kesayangan... hehehe...

Thanks..grad lagi sekali... 

Sejarah dalam hidup bila kali pertama tengok bola di kedai mamak.. hehe..selalunya tengok di rumah je dengan abah tersayang... lokasi kali ni di Restoren Hakim seksyen 7 Shah Alam ( MALAYSIA VS INDONESIA ).. memang meriah.. satu benda yang pasti, ayam goreng die memang sedap.. teringat2.. hehe..

Keesokan harinya temankan si dia study di fakulti mekanikal.. tiba2 jadi budak mechy jap.. hehe.. Habis je diorang study, bergerak ke Snow walk I-City shah Alam... hehe.. keseronokan melanda..



I would call them my besties..!

this one? my LOVE... :)

Puas bermain salji tiruan, teruskan niat melawat sahabat2 seperjuangan masa diploma farmasi dulu.. Alhamdulillah walaupun tak sempat berjumpa kesemua mereka.. Rindu dengan sahabat terubat.. :)

Hari terakhir di Shah Alam, encik cinta ajak dinner di Noodle Station.. :)  Thanks... Malamnya bergerak pulang ke Perlis... sedikit sedih (**yeke sikit???**) huhu....

senyumannya akan hilang setiap kali tiba waktu untuk berjauhan...


Semoga berjumpa lagi di lain masa.. InsyaAllah... 

L.O.V.E
Iffatul Husna Halidan.


Friday, October 12, 2012

12 OKTOBER 2008 - 3AM




I don't have much picture in my collection, but i have much memory in my mind...
I don't have much money in my pocket, but i have much love to give...
I don't have any word to say, but i have much feeling to share..
I don't have much knowledge about engineering, but i have my ear to listen and learn...

Yes, the 4 years is not solid, but that is what i call the challenge.. 

~I LOVE U~
Yours Sincerely,
Iffatul Husna Halidan.




Friday, October 5, 2012

Janji yang pasti...



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعالى اله وصحبه اجمعين
قال الله تعالى في القران العظيم
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
كل نفس ذائقة الموت  وانما توفون  أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز وما الحيوة الدنيا الا متع الغرور
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang –orang yang terpedaya.
Wahai……………………………………….
Kamu  sekarang sedang berada di sempadang akhirat dan menuju ke alam baqa’ tinggallah di sini hingga hari kiamat. Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu,sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu. Sesungguhnya  sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang kau bawa untuk mengadap Allah Azzawjalla.
Sedekah jariah yang engkau berikan dengan seikhlas hati semata-mata kerana Allah.Ilmu manafaat yang engkau ajarkan di dunia dan anak yang soleh mendoakan bagi kamu
Wahai………………………………………………..
Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahap yang sempit dan gelap gelita ini.Setelah kami meninggalkan kamu ,maka akan datang dua malaikat yang bernama munkar dan nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah, maka jangan kamu takut dan gentar, jawaplah dengan lidah yang fasih lagi lancar kaeran mereka juga makhluk Allah seperti kamu.
من ربك             Siapakah tuhan kamu 
ومن نبيك           Siapakah nabi kamu  
وما دينك            Apakah agama kamu
وما قبلتك           Di manakah kiblat dan penhadapan kamu
وما امامك          Apakah ikutan kamu
ومن اخوانك        Dan siapakah saudara-saudara kamu
Ketika itu jawaplah dengan lidah yang lancar lagi yakin
Allah tuhanku
Muhammad SAW  nabiku
Islam agamaku
Ka’bah itu kiblat dan penhadapanku
Al-quran ikutan pedomanku
Dan tiap-tiap orang islam adalah saudaraku

Wahai…………………………………………..
Jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita semasa di dunia,iaitu lafaz
اشهد ان لا اله الا الله   واشهد ان محمد رسول الله

Wahai sekalian hamba-hamba Allah, ketahuilah oleh kamu bahawa mati itu benar,soal munkar dan nakir  itu benar,azab dan nikmat kubur itu benar,semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat  benar dan diberi balasan syurga dan neraka itu juga benar.
Seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi,jika kamu berdosa, ular besar akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan dagin kamu. Nikmat kubur pula diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, dihimpit bumi umpama anak kecil dipelukan ibu kamu. Maka tinggallah kamu di sini dengan aman dan sentosa hingga ke hari kiamat.
Kami serahkan kamu kepada Allah yang maha pengampun dan penyanyang untuk member balasan di atas apa yang telah kamu kerjakan
Wahai………………………………………
Mudah-mudahan dicucurinya rahmat dan keampunan keatas kamu.
Amin…amin ya rabbal alamin...

Tokwan,  tokwan dah selamat bersama arwah tok di sana... Saat pemergian tokwan amat meruntun hati setiap seorang daripa kami.. Tokwan tinggalkan kami semua tanpa disangka, tetapi tokwan tinggalkan kami di dunia dengan setiap urusan yg telah diselesaikan.. tokwan pergi dengan tenang pada malam itu disamping anak2, cucu2, dan saudara mara terdekat...Wajah tokwan semasa dimandikan dan dikafankan seperti tokwan sedang tidur.. Subhanallah... Kami kucup wajah tokwan buat kali terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan.. waktu tu, tiada siapa pun yang mampu tahan air mata daripada mengalir deras.. Di perkuburan, tokwan disemadikan berdekatan dengan arwan tok.. Sayu... Selama hari ni, tokwan dan tok la yg menjadi tempat kami semua bermanja dan bergurau.. Kami bersyukur dapat tok dan tokwan yang xpernah gagal mencurah segala kasih sayang buat kami adik beradik.. Sekarang, Keadaan dah tak seperti dahulu.. Rumah yang dahulu menjadi tempat permainan kami kini kosong.. Tapi kami adik beradik janji akan jaga rumah tokwan... Tokwan, tok, Al-Fatihah... Semoga tok dan towan tenang di sana.. Amin..

Runtunan hati seorang cucu,
Iffatul Husna Halidan.

Saturday, September 22, 2012

A Birthday Wish...

Happy Birthday to Azahari bin Razali... May Allah blessed and ease everything for you.. I LOVE U and really mean it. May our relationship last forever.. 

If only u know what is in my heart...



Yours,
Iffatul Husna Halidan