Sunday, January 1, 2012

~2012**

2012 pastinya tahun yang lebih mencabar buat aku..
Tanggungjawab baru diberi oleh bos...
Ambil alih pengurusan stor, dan farmasi utama UniMAP...
Terasa beban yg amat berat, namun keyakinan itu masih ada...
InsyaAllah, akan mencuba yang terbaik.. amin..

Tahun 2012 juga saksi warna-warni kehidupan aku bermula..
Hari pertama 2012 tercemar dengan kehilangan seseorang yang aku sayang..
Mungkin akibat perbuatan ku sendiri..
Astaghfirullahal'azim...
Tidak sepatutnya aku mempersoalkan tindakan dia untuk keluar dengan sesiapa..
Kerana dia bukan milikku lagi..
Kenapa aku sukar menerima hakikat ini..??

Wahai Hati, terima lah dengan redha ketentuannya..
Tetapi tidak salah untuk hati ini masih menaruh harapan buatnya..
Kerana kali pertama bertemu sudah terasa kelainannya..
InsyaAllah, cuma harus bersabar dan berlapang dada...

Untuk itu, 2012 ialah tahun untukku berubah, mengejar yang pasti, iaitu akhirat..
Tiada lagi mainan cinta bertandang di hati melainkan cinta yang pasti..
dengan restu keluarga dan ikatan yang sah..
Amin....


Mulakan 2012 dengan Bismillah... (^_^)

No comments: