Thursday, January 12, 2012

S>E>L>E>S>A>I>

Alhamdilillah Ya Allah...
Kau telah kembalikan dia... Kau juga telah membuka pintu hatiku untuk terus memaafkan setiap kesalahan.. Alhamdulillah, terbukti cara ini lebih melapangkan hati dan jiwa.. Segalanya selesai dengan perbincangan yang baik, tanpa insiden yang tegang.. :P

Sejujurnya, dia masih di hatiku... Dia masih seseorang yang aku kenal semenjak 28 Jun 2008 yang lalu.. Tiada apa yang menggembirakan aku daripada mendapat semula insan yang aku terlalu sayang.. Tapi benarlah, dugaan itu sebahagian daripada ujian memperlihatkan kekuatan sesebuah hubungan.. iaitu persahabatan... Akan kuingat tarikh dan kenangan ini buat selamanya di dalam diari hidup aku...

Hari-hari mendatang akan kutempuhi dengan senyuman... Bersamamu di lubuk hati, walau tak terucap..

: : TEMAN HATI : :

No comments: