Monday, January 23, 2012

Aliaa's Wed...~



CONGRATULATION to both Aliaa Awatif and Hakim...! May Allah Bless your marriage...! :D

Such a mixed feeling when your friend at your age is getting Married.. (^_^) Aliaa is the first in our batch..! that make us all decided to be there, to share the happiness..! and obviously to gather around all together and make the wedding as if it is our function..! wee..! well, that normal for phoenix..!

Their love story actually begin since we were in TKC.. me, Always heard of his name but honestly i never got the chance to meet him.. So this is it..! :D They are such a perfect couple..!







Not everyone of us in this pic actually... but still,sweet smile on every faces.. Here are some the pics before the wed..!



During the wed..! :D




















After the Wed...! Sight-seeing at Mengkuang Dam, and Char koew Teaw treat at permatang pauh..! :D





All the Sweet moment remain forever..! my GIRL friend are always the best..! LOVE u All...! Hope we'll meet again next time.. amin... :D

L.O.V.E,
Iffahusna..


Thursday, January 12, 2012

S>E>L>E>S>A>I>

Alhamdilillah Ya Allah...
Kau telah kembalikan dia... Kau juga telah membuka pintu hatiku untuk terus memaafkan setiap kesalahan.. Alhamdulillah, terbukti cara ini lebih melapangkan hati dan jiwa.. Segalanya selesai dengan perbincangan yang baik, tanpa insiden yang tegang.. :P

Sejujurnya, dia masih di hatiku... Dia masih seseorang yang aku kenal semenjak 28 Jun 2008 yang lalu.. Tiada apa yang menggembirakan aku daripada mendapat semula insan yang aku terlalu sayang.. Tapi benarlah, dugaan itu sebahagian daripada ujian memperlihatkan kekuatan sesebuah hubungan.. iaitu persahabatan... Akan kuingat tarikh dan kenangan ini buat selamanya di dalam diari hidup aku...

Hari-hari mendatang akan kutempuhi dengan senyuman... Bersamamu di lubuk hati, walau tak terucap..

: : TEMAN HATI : :

Sunday, January 1, 2012

~2012**

2012 pastinya tahun yang lebih mencabar buat aku..
Tanggungjawab baru diberi oleh bos...
Ambil alih pengurusan stor, dan farmasi utama UniMAP...
Terasa beban yg amat berat, namun keyakinan itu masih ada...
InsyaAllah, akan mencuba yang terbaik.. amin..

Tahun 2012 juga saksi warna-warni kehidupan aku bermula..
Hari pertama 2012 tercemar dengan kehilangan seseorang yang aku sayang..
Mungkin akibat perbuatan ku sendiri..
Astaghfirullahal'azim...
Tidak sepatutnya aku mempersoalkan tindakan dia untuk keluar dengan sesiapa..
Kerana dia bukan milikku lagi..
Kenapa aku sukar menerima hakikat ini..??

Wahai Hati, terima lah dengan redha ketentuannya..
Tetapi tidak salah untuk hati ini masih menaruh harapan buatnya..
Kerana kali pertama bertemu sudah terasa kelainannya..
InsyaAllah, cuma harus bersabar dan berlapang dada...

Untuk itu, 2012 ialah tahun untukku berubah, mengejar yang pasti, iaitu akhirat..
Tiada lagi mainan cinta bertandang di hati melainkan cinta yang pasti..
dengan restu keluarga dan ikatan yang sah..
Amin....


Mulakan 2012 dengan Bismillah... (^_^)

Thursday, December 22, 2011

$ep! $eKuNtuM M@W@r MeRaH..


Sepi Sekuntum Mawar Merah

Artist: Ella
Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...

Tuesday, December 13, 2011

Inginkan Bahagia...

"Inginkan Kejayaan, Relailah pengorbanan...."

Subhanallah...
Dia mahukan kejayaan, kenapa perlu aku menghalang..?

Kuatkan hati aku.. untuk menerima keputusan itu... InsyaAllah, pasti yang terbaik menanti, walaupn terpaksa menahan rasa di hati...

Kalaulah dikau tahu apa hati ini rasakan, apa hati ini korbankan.. pasti kau mengerti...


Copy paste from his FB status..

"i'm still hoping..and will always hope...i'm promise..."




Aku tidak pasti kepada siapa ayat ini  ditujukan... Jika kepada aku, My answer is the same as you...Buat awak, Kejarlah apa yang awak impikan dahulu..  :) Saya tetap di sini dengan harapan yang sama seperti dahulu.. 


Andai kamu mengerti dan memahami.. 

Monday, December 12, 2011

pRoGraM b!cARa AD-DEEN...

Sempena Maal Hijrah Tahun Ini, telah dianjurkan Program Bicara Ad-Deen di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis..


 Panel Jemputan ialah Mantan Mufti Negeri Kedah, Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Dato’ Haji Hasbullah Bin Haji Halim dan Saudara mohd Shamril Bin mohd Saleh (Sham Kamikaze). Moderator, Ustaz mohd Nazim. 







Alhamdulillah dapat menghadirkan diri..! :D Hati Tenang, Jiwa Lapang. Perasaan... Gembira.. Mendengar Pengalaman Hijrah seorang Insan yang kini jauh lebih baik drpd dahulu.. :D Semoga Hijrah Tuan Hamba berkekalan...Amin..


"Bila Pula Masa utk kita berhijrah..?"


















Thursday, December 8, 2011

##Selawat dan Zikir##


Hikmah Berzikir..

“Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )

“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)

• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah   pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .

• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, “ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu”.
Wallahualam



Terdapat pelbagai zikir yang boleh di amalkan, aku letak sikit aje kt sini.. For more, please google..! sekali sekali google untuk keagamaan dan memperbaiki diri, apa salahnya.. :D